July 25, 2016

Kakitangan Awam Bakal Biayai Dana Pencen Sendiri.

KUALA LUMPUR - Kakitangan awam mungkin perlu menyumbang kepada dana persaraan mereka sendiri pada masa akan datang, kata  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.

Dalam temubual dengan akhbar The Sun, Wan Kamaruzaman berkata, ia mungkin menyerupai kaedah pekerja swasta menyumbang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Apa yang anda perlu tahu, kerajaan mungkin memutuskan yang skim sedia ada ini adalah sukar untuk dikekalkan dan kita mungkin akan beralih kepada skim jenis KWSP," katanya.

Skim pencen semasa untuk penjawat awam dipanggil 'Manfaat Pasti" di mana hanya kerajaan dan majikan lain penjawat awam yang membuat sumbangan, seperti badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Dengan skim ini, pesara diberi jamainan untuk mendapat bayaran pencen separuh dari gaji terakhir untuk seumur hidup setelah bersara pada usia 60 tahun. Pasangan pula akan mendapat jumlah yang sama sekiranya pesara berkenaan meninggal dunia.

Jelas Wan Kamaruzaman, skim yang serupa dengan KWSP itu dipanggil 'Sumbangan Pasti' mungkin membolehkan kerajaan mengurangkan bebanan bagi laibiliti pencen yang sentiasa bertambah. Skim semasa menyebabkan kerajaan diletakkan dengan liabiliti berjumlah sehingga RM300 bilion.

"Katakanlah di masa depan, lima tahun lagi penjawat awam lantikan baru akan diletakkan dalam skim 'Sumbangan Pasti', jadi KWAP akan mengendalikan kedua-dua skim 'Manfaat Pasti' dan 'Sumbangan Pasti', itu cara yang saya lihat. Kerana apa yang ada terlalu bagus untuk dikekalkan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengakui bahawa, skim yang sedia ada sukar untuk dikekalkan bagi jangka panjang. Dengan itu, memberi isyarat satu skim alternatif mungkin sedang dirancang.

Dengan kekuatan perkhidmatan awam sehingga 1.6 juta penjawat awam bertukar kepada skim "Sumbangan Pasti' memerlukan azam politik yang tinggi.

KWAP mengendalikan keseluruhan operasi pencen kerajaan dan majikan lain penjawat awam, setelah menyerap keseluruhan jabatan pencen awam yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kesemua 250 orang pekerja jabatan itu kini ditempatkan di pejabat KWAP di Cyberjaya.

Semenjak November 2015, syarikat itu juga telah mengambil alih operasi pembayaran pencen bulanan kepada 700,000 pesara dari kerajaan. Ini setelah pengubahsuaian dibuat kepada Akta Dana Persaraan 2007, awal tahun 2015.

Bagaimanapun, dana untuk pembayaran itu masih datang dari kerajaan. Manakala KWAP dibayar yuran pentadbiran.

Sumber berita: The Sun | Free Malaysia Today

July 13, 2016

MIGRAIN RISIKO STROK BAGI KEBANYAKKAN WANITA





Tahukah Anda gadis atau wanita yang mengalami migrain lebih berisiko terkena strok atau serangan jantung.

Kumpulan penganalisis institusi kesihatan awam di Charite Universitatsmedizin berlin, Jerman mendapati migrain menjadi petanda risiko penyakit kardiovaskular terutamanya bagi perempuan.


Hasil kajian itu dikongsi oleh ketua penyelidik,,Tobias Kurth dan data terkumpul di bahagian Kajian Kesihatan Jururawat 11 dengan respinden seramai 115,500 wanita.

PERATUSAN TINGGI

Seramai 17,531 responden berusia antara 25 hingga 42 tahun di kesan menghidap migrain.

Daripada kajian itu, Kurth menjelaskan rusiko penyakit kardiovaskular terbukti 50 peratus lebih tinggi bagi wanitapenghidap migrain.

"Tiga puluh sembilan peratus lebih tinggi berisiko kena penyakit jantung. 62 peratus untuk strok dan sesak nafas pula 73 peratus," katanya.

Justeru bagi anda yang selalu sakit kepala, dapatkan pemeriksaan sewajarnya untuk mencegah penyakit berbahaya.

Shuhada mansor
gen.y@hmetro.com.my
HARIAN Metro 14 julai 2016 khamis.


July 10, 2016

Nak ambil takaful tetapi tidak mampu. Ini caranya..


Bayaran bulanan takaful kadang kala menjadi beban bagi sesetengah orang terutama mereka yang berpendapatan rendah. Apabila ini terjadi, ramai yang terpaksa mengelak untuk mengambil pelan perlindungan tersebut walaupun mereka faham ia adalah penting.

Bagi mereka yang mempunyai gaji tinggi, mungkin tiada masalah untuk mencarum takaful. Namun, lain pula bagi mereka yang berpendapatan rendah kerana kos yang tinggi menjadi halangan untuk mengambil pelan perlindungan.

Apabila sesetengah pemegang polisi tidak mampu untuk membuat bayaran setiap bulan secara tetap, maka polisi tersebut boleh terbatal dengan sendirinya.

Bagi mereka yang bergaji rendah tetapi masih mahu mengambil takaful, anda mungkin boleh baca dan kaji beberapa faktor seperti berikut:


Bajet

Pengurusan kewangan yang baik biasanya menetapkan pengambilan takaful tidak melebihi 10% dari gaji yang diterima. Jika gaji anda adalah RM2,000 sebulan, ini bermakna anda hanya boleh ambil pelan takaful sehingga RM200 setiap bulan sahaja.

Tetapkan had limit anda sendiri bagi mengelakkan beban yang terlalu tinggi setiap bulan dan menyebabkan polisi terbatal kerana tidak mampu membuat bayaran setiap bulan.

Selain itu, cara terbaik bagi mengelakkan anda terlepas membuat bayaran takaful adalah dengan membuat potongan secara automatik melalui akaun bank anda. Dengan cara ini anda tidak perlu risau tentang masalah pembayaran kerana anda telah meletakkan takaful sebagai perbelanjaan yang utama.


Keperluan

Setiap orang mempunyai keperluan pelan perlindungan yang berbeza mengikut kadar risiko masing-masing.

Orang yang bekerja di pejabat mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding mereka yang bekerja di atas jalan raya. Oleh itu, tetapkan had bayaran bulanan mengikut kadar risiko anda.

Selain itu, semak juga kad perubatan yang telah disediakan oleh kebanyakan majikan. Jika sesetengah kos perubatan sudah dibiayai oleh majikan, tidak perlu untuk ambil kad perubatan yang sama. Anda hanya perlu ambil kad perubatan luar yang tidak dibiayai oleh majikan anda.


Produk

Kebanyakan ejen takaful pada hari ini akan cuba mempromosikan pelan perlindungan yang digabungkan sekali dengan pelan pelaburan. Apabila pelan tersebut mempunyai fungsi tambahan, ini bermakna caruman bulanan anda akan meningkat.

Jika anda rasa terbeban, anda boleh pilih untuk mengambil pelan takaful hayat bagi perlindungan diri anda sahaja dengan syarat majikan anda menawarkan faedah kad perubatan. Cara ini dapat mengurangkan kos bulanan anda.

Perkara yang perlu anda faham adalah semakin banyak manfaat pelan perlindungan tersebut, semakin tinggi caruman bulanan. Oleh itu, pilih produk yang terbaik supaya anda tidak membayar takaful yang terlalu mahal tetapi manfaat yang sedikit.

Bermula awal 

Jika anda adalah seorang lepasan universiti, takaful adalah antara perkara utama yang perlu anda fikirkan. Hal ini kerana anda masih muda dan caruman takaful setiap bulan masih lagi rendah.

Selain itu, ketika muda juga anda masih lagi sihat dan jauh dari sebarang masalah kesihatan atau penyakit yang boleh menyebabkan caruman bulanan anda meningkat. Permohonan polisi anda juga mungkin akan ditolak jika anda sudah menghidap pelbagai jenis penyakit.

Anda juga digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Caruman bagi mereka yang merokok tidak sama nilainya dengan mereka yang tidak merokok. Ini kerana perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Semoga artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan dalam pemilihan pelan perlindungan anda.

REBLOG:http://www.duitkertas.com/2016/07/nak-ambil-takaful-tetapi-tidak-mampu.html


June 22, 2016

Perancangan HIBAH dan Kepentingannya.

Hibah secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad).

Hibah adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah.Selain itu, terdapat hadis berkaitan urusan hibah ini. Sabda Rasulullah SAW: Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang. (riwayat al-Bukhari)

Pun begitu, apabila seseorang telah menghibahkan hartanya kepada individu yang lain, dia tidak boleh menarik semula atau membatalkan hibah tersebut kecuali dalam situasi seorang bapa menghibahkan harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya.

Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang mengambil balik hibahnya seperti orang yang menjilat kembali muntahnya". (riwayat Al-Nasa'i)

Sabda Baginda SAW lagi: "Seseorang tidak boleh meminta balik hibahnya melainkan hibah bapa terhadap anaknya". (riwayat Al-Nasa'i)

Setiap kontrak dalam Islam mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat yang mesti dipatuhi, begitu juga dengan hibah.

Akad hibah tidak akan wujud melainkan setelah rukun-rukun dan syarat-syaratnya dipenuhi.

Rukun-rukun bagi hibah ialah
  •  pemberi hibah (al-wahib)
  •  penerima hibah (al-mauhub lahu)
  •  benda yang dihibahkan (al-mauhub)
  •  sighah (penawaran dan penerimaan atau ijab dan qabul).


Syarat-syarat sah pemberi ialah pemberi merupakan pemilik yang sah ke atas harta yang ingin dihibahkan, tidak dihalang oleh sesuatu perkara.

Pemberi juga merupakan seorang yang telah baligh dan hibah atau pemberian yang dibuat perlulah dibuat secara suka rela dan tanpa paksaan. Jika pemberi dipaksa untuk menghibah atau menghadiahkan hartanya kepada orang lain, secara automatik hibah tersebut adalah terbatal.

Selain itu, syarat-syarat penerima pula ialah penerima perlu wujud semasa proses hibah atau kontrak dijalankan. Syarat-syarat bagi barang yang ingin dihibahkan ialah ia mesti wujud semasa berlakunya akad hibah, halal, mempunyai nilai dan dimiliki oleh pemberi hibah.

Penerima hibah tidak boleh menghibahkan barang yang menjadi milik orang lain. Contohnya; Ali menghibahkan pen Ahmad kepada Abu. Hibah tersebut adalah tidak sah kerana pen tersebut adalah dimiliki oleh Ahmad dan bukan kepunyaan Ali.

Apabila sesuatu akad hibah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya serta berlaku penyerahan dan pemberian barang itu (al-qabd), maka harta itu menjadi milik si penerima hibah. Jika al-qabd tidak berlaku, maka akad hibah tidak sah dan pemberi hibah berhak menarik balik hibah itu selama mana harta masih berada dalam miliknya.

Hibah diadaptasi sebagai konsep tambahan kepada produk-produk Takaful dan diamalkan oleh kebanyakan pengendali takaful seperti di Dalam kebanyakkan Produk TAKAFUL dan KEWANGAN ISLAM.

Berkaitan hibah manfaat Takaful kepada penama yang dinamakan di dalam borang penerima manfaat, para ilmuwan berselisih pendapat berkaitan beberapa isu yang ditimbulkan daripada amalan ini.

Antaranya adalah hibah seharusnya dilakukan semasa hidup, akan tetapi hibah manfaat Takaful akan hanya berkuatkuasa setelah peserta Takaful meninggal dunia.

Status manfaat Takaful juga masih dipertikaikan sama ada ia adalah harta si mati atau tidak. Jika ia adalah harta, adakah ia perlu dibahagi-bahagikan kepada ahli waris mengikut hukum faraid atau hibah yang dibuat itu sudah memadai untuk dilaksanakan.

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya yang ke 34 bertarikh 21 April 2003 / 19 Safar 1424, telah membuat keputusan mengenai aplikasi konsep hibah bagi pembahagian manfaat Takaful:

1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariah;

2. Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat di mana hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu.

Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa;

3. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (qabdh);

4. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang; dan

5. Borang penamaan Takaful perlu diselaras dan dinyatakan dengan jelas status penama sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang telah dimeterai.

Bagi produk-produk Takaful Keluarga yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas, pihak syarikat menyediakan borang cadangan hibah untuk peserta sekiranya mereka bercadang menghibahkan manfaat Takafulnya setelah berlaku kematian peserta.

Namun begitu, nama yang dicadang perlulah terdiri sama ada ibu bapa, pasangan yang sah, anak dan adik-beradik.

Walaupun hibah secara asasnya boleh diberi kepada sesiapa sahaja, namun, bagi menjaga dan memelihara kebajikan waris terdekat, pihak syarikat mengkhususkan kategori individu yang ingin dicadangkan sebagai penerima hibah.

Kesan daripada penggunaan akad hibah ialah harta yang telah dihibah terkeluar daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka atau faraid. Selain itu, harta tersebut tidak boleh dituntut oleh ahli waris yang lain.

Melihat kepada keperluan semasa, seharusnya lebih banyak produk yang berasaskan konsep hibah dihasilkan. Ia bagi menjadikan produk-produk tersebut lebih kompetitif dan mampu menandingi produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat insurans konvensional.

Justeru, para pengendali Takaful seharusnya mempergiatkan usaha penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk-produk yang bukan hanya kompetitif.

Apa yang paling penting, ia mestilah selaras serta selari dengan prinsip-prinsip yang digariskan oleh syariah.

cc: HarianMetro

June 5, 2016

[Lebih baik Menyesal sekarang ]


Memang tiada perkataan lain yang lebih sesuai di gunakan deripada "MEMANG AKU MENYESAL DATANG KELAS MARKETING MASTERY" yang Dr Azizan Osman kelolakan minggu lepas di Hotel De Palma Ampang Kuala Lumpur.

Mana tidaknya asyik di sindir dan sindir tanda henti dari satu slot ke satu slot, ke aku sorang yang terasa sahaja atau semua orang.

Antara yang paling syiok yang Dao kongsikan yang menyebabkan aku tersentap adalah

1. "Marketing Is not  selling",  sebab marketing adalah nak bagi orang tahu,rasa , cinta dan buat mereka tergila-gila dengan service dan produk kita.

2. DariPada statement di atas aku sedar yang marketing itu adalah sharing, beri dan beri free sehingga orang tanya asyik beri ja bila nak bayar.

3. 10 kesilapan orang yang nak mulakan berniaga ,peh ini buat aku sentap . Point ini jugalah buatkan aku menyesal datang lambat. Kalau lagi lambat memang boleh kelaut business ini.

4.  Dao dah simplified kan pelan dan cara nak mulakan marketing dari A-Z. Ini memang awesome. Sebab dah assence dalam kelas ini.

5. Point terakhir yang aku nak konsikan lepas 3 hari bertapa dengan Dao, adalah integrated Marketing secara offline dan online. Ini tekni puaka aku boleh gelarkan. Nampak macam biasakan. Tapi sekali dah jalan jangan terperanjat sekiranya termimpi mimpi. Yang ini aku tak boleh share tapi siapa yang nak kita boleh jumpa dan aku boleh plan dan design kan satu untuk siapa yang mahu.

Sebelum aku akhirkan catitan ini yang di amanahkan oleh sang guru dan demi keberkatan ilmunya
Masalah kita adalah bukan meniaga tidak pandai akan tetapi kita tidak ada ILMU marketing itu yang membuatkan kita selalu kalah dengan pesaing kita.

Bawah ini aku sertakan link untuk ebook teknik menyimpan dan membuat 1 juta yang pertama siapa
 yang berkehendak bolehlah saya sharekan >>> http://goo.gl/forms/XUnzSd8fIStd0Ap42

Insya allah aku akan sambung lagi warkah amanah ini....




Aliff shanusi
The Coach

November 7, 2015

Bagaimana dengan persaraan anda?


Siapa yang tidak menanti dan menyambut dengan penuh keterujaan saat-saat untuk bersara.

Inilah masa dan ketika yang dinanti-nantikan. Apa jua hobi atau keinginan melakukan sesuatu kini boleh dilakukan yang sebelum ini terpaksa dipendam dan ditunda dek kekangan masa dan kesibukan tugas.

Dalam pada itu, mungkin ramai juga di antara kita yang tidak terfikir untuk merancang persaraan kerana mereka beranggapan simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencukupi untuk menampung hidup di hari tua.

Malangnya, ia tidak sedemikian. Persaraan yang dilalui tanpa melengkapkan diri dengan persediaan yang sewajarnya boleh merumitkan kehidupan, lantas membuatkan ada segelintir yang terpaksa bergantung harap kepada anak-anak dewasa.

Bagi memastikan anda tidak ditimpa nasib yang sama, Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) menawarkan beberapa saranan sepertimana yang digariskan dalam buku panduannya mengenai kewangan individu.
 
ACCA menyifatkan amat penting bagi kita merancang persaraan seandainya kita mahu hidup selesa dan teguh kewangan di tahun-tahun keemasan.

Perancangan persaraan melibatkan beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan sendiri dan ia termasuklah menentukan berapa banyak yang anda perlukan sewaktu persaraan, berapa banyak yang anda miliki sekarang serta apa yang boleh anda lakukan untuk membetulkan keadaan.

BERAPA BANYAK WANG YANG DIPERLUKAN DALAM PERSARAAN

Jawapan ini memerlukan pemikiran dan perancangan yang bersungguh-sungguh memandangkan jumlah wang yang anda perlukan semasa persaraan mempunyai hubung kait dengan gaya hidup yang anda inginkan.

Misalnya, andaikata, anda merancang untuk berpindah ke sebuah rumah yang lebih kecil di sebuah kawasan pinggir bandar, justeru kos hidup mungkin lebih rendah berbanding tinggal di sebuah rumah besar di kawasan bandar.

Sebaliknya, anda mungkin memerlukan wang lebih jika merancang untuk memulakan satu hobi yang mahal atau ingin melancong mengelilingi dunia.

Sebelum memenuhi hajat itu, anda harus lihat perbelanjaan semasa dan menganggarkan bagaimana ia mungkin berubah semasa persaraan.

Umpamanya, anda boleh mengurangkan kos pengangkutan dan perbelanjaan hiburan tetapi anda mungkin perlu meningkatkan perbelanjaan perubatan kerana kemungkinan untuk anda jatuh sakit meningkat dengan peningkatan usia.

Secara alternatif, anda boleh membuat andaian bahawa anda hanya memerlukan 70 peratus hingga 80 peratus daripada perbelanjaan semasa sewaktu persaraan.

Misalannya, katakan gaji terakhir anda ialah RM66,000 setahun. Anda hanya memerlukan kira-kira RM52,800 daripada pendapatan tahunan setelah bersara (80% x RM66,000).  BERAPA LAMA ANDA PERLUKAN WANG ITU

Jawapannya ada kaitan langsung dengan jangkaan hayat anda.

Perangkaan bulan Disember 2007 Jabatan Perangkaan mencatatkan purata jangka hayat bagi lelaki ialah 72 tahun dan 76 tahun bagi wanita. Bagaimanapun, jika anda sekarang menikmati kualiti hidup yang tinggi dan kesihatan yang bagus, anda boleh lanjut usia sehingga 80 tahun.

Jadi, jika anda bersara pada usia 56, anda memerlukan sekurang-kurangnya 24 tahun pendapatan persaraan.

FAKTOR INFLASI

Ancaman paling besar dalam memenuhi keperluan kewangan semasa persaraan adalah inflasi. Inflasi ialah peningkatan kos hidup yang diterjemahkan sebagai peratus kenaikan harga berbanding tahun sebelumnya.

Anda mungkin tidak memberi tumpuan terhadap inflasi ketika anda bekerja kerana pendapatan anda cenderung meningkat seiring dengannya.

Bagaimanapun, apabila anda berhenti bekerja, pendapatan anda lebih kurang tetap dan ini membuatkan inflasi muncul sebagai masalah besar.

Seperti contoh terdahulu, anda perlu mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM52,800 setelah bersara. Bagaimanapun, ekoran inflasi, jumlah itu perlu dinaikkan bagi membolehkan anda mengekalkan gaya hidup anda. Oleh itu, pendapatan persaraan sebanyak RM52,800, katakan lima peratus daripada purata kadar inflasi untuk 25 tahun akan menjadi:

Pendapatan persaraan

= RM52,800 x Faktor nilai faedah masa depan (25 tahun, 5%) = RM52,800 x 3.386

= RM178,781.

BERAPA BANYAK JUMLAH DANA YANG ANDA PERLUKAN

Kini anda tahu bahawa inflasi boleh menjejaskan pendapatan semasa persaraan, langkah seterusnya ialah untuk mengetahui jumlah dana yang boleh bertahan sehingga 24 tahun.

Andaikan bahawa purata kadar pulangan ke atas pelaburan untuk 25 tahun akan datang ialah lapan peratus. Memandangkan kadar inflasi ialah lima peratus, maka kadar sebenar pulangan ke atas pelaburan ialah tiga peratus.

Jumlah dana yang diperlukan ialah:

= RM178,781 x Faktor anuiti nilai faedah masakini (25 tahun, 3%) = RM178,781 x 17,413

= RM3,113,114.

BERAPA BANYAK ASET YANG ANDA ADA TATKALA BERSARA

Mencari jawapan ini agak rumit kerana anda perlu tahu nilai setiap pelaburan masa depan, termasuk KWSP, nilai tunai insurans, pelaburan dalam syarikat yang melabur dan membayar dividen dan hartanah.

Bagi memudahkan pengiraan, katakan anda telah mengumpulkan sejumlah RM1 juta tatkala bersara.

Ternyata, dengan hanya RM1 juta dalam tangan, ia adalah tidak mencukupi bagi jumlah dana yang diperlukan yakni RM3,113,114. Anda kekurangan RM2,113,114.

BAGAIMANA UNTUK MENOKOK TAMBAH KEKURANGAN ITU

Memandangkan anda kekurangan RM2,113,114, cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan menabung secukup wang setiap tahun. Persoalannya, berapa banyak simpanan yang mencukupi untuk memenuhi kekurangan itu.

Jumlah simpanan

= RM2,113,114/ Faktor anuiti nilai faedah masa depan (25 tahun, 8%)


= RM2,113,114 /73.106


= RM28,905

Berdasarkan butiran ini, jumlah simpanan yang anda perlukan ialah RM28,905 setahun atau RM2,409 sebulan.

APAKAH LANGKAH SETERUSNYA

Bagi rancangan persaraan, anda dinasihatkan memilih pelaburan jangka panjang seperti saham, bon dan mutual funds memandangkan pelaburan jenis ini menghasilkan pulangan yang tinggi berbanding bentuk pelaburan lain umpamanya faedah daripada akaun simpanan atau deposit tetap.

Melabur dalam saham memberikan anda status pemilik dalam sesebuah syarikat yang anda melabur. Jika syarikat itu berjaya, anda seharusnya boleh menjana wang dengan menjual balik saham-saham itu.

Anda juga mungkin boleh meraih keuntungan daripada dividen yang dikeluarkan oleh syarikat itu secara tetap.

Bon pula sebenarnya adalah pinjaman kepada perniagaan dan kerajaan yang dipegang untuk sesuatu masa. Lazimnya ia lebih selamat untuk melabur dalam bon dan sesetengahnya disokongan oleh kerajaan.

Mutual funds adalah wang yang ditabung bersama oleh pelabur. Wang itu kemudiannya dilaburkan dalam beberapa syarikat, yang dengan demikian ia dapat meminimumkan risiko.

Melalui pelbagaian ini, kerugian sesebuah syarikat boleh diserap oleh keuntungan syarikat lain.

Nyata sekali, anda perlu memikirkan satu perancangan kewangan yang lengkap untuk persaraan anda dengan mengambil kira aset, hutang, perbelanjaan, tabungan, matlamat kewangan anda.

Seandainya anda buntu untuk melakukannya, usah risau. Dapatkan bantuan perancang kewangan yang berkelayakan. Tetapi, jika anda memilih untuk melakukan sendiri, sebuah perisian kewangan yang ada di pasaran boleh membantu anda.

Dengan perisian itu, anda boleh melihat graf malah pelbagai saranan mengenai jenis pelaburan boleh anda pertimbangkan.

Malah lebih menarik, anda boleh mencuba butiran yang ada untuk mengetahui sejauh manakah kukuhnya kewangan anda berada dalam keadaan berbeza.

Pokok pangkalnya, lagi awal anda merancang persaraan anda, lagi cerah masa depan persaraan anda.

August 12, 2015

Nilai Ringgit dan apa kaitannya dengan kos perubatan anda.


Tahukah anda, nilai mata wang sesebuah negara berkaitan dengan kos perubatan neraga tersebut.

Kebanyakkan ubat ubatan dan peralatan perubatan masih di import dari luar negara dan hanya beberapa peratus dihasilkan dari dalam negara.

Ada kebaikan dan juga keburukan dengan pengukuhan dollar berbanding ringgit kini dan sama jugalah ringgi mengukuh berbanding rupees india.

Jadi sebagai penguna yang bijak seperti anda. Apakah tindakan yang anda bagi mengatasi masalah ini.

Kenapa anda terbabit? :
1. ANDA TETAP MEMPUNYAI KEMUNGKINAN UNTUK SAKIT.

2. KOS RAWATAN SEMAKIN MENINGKAT.

3. NILAI WANG DAN SIMPANAN ANDA SEMAKIN RENDAH TATKALA INFLASI DAN KADAR KEJATUHAN MATAWANG NEGARA.

SETUJu?

Apa tindakan yang anda boleh lakukan?

1. Alihkan kos perubatan anda kepada pihak ketiga. Contoh company takaful prubsn. Bagaimana?  Itu boleh pm saya.

2.mulakan simpanan yang kukuh dan konsisten serta terdapat 2 nilai ini.apa dia?
•simpanan dengan kadar pulangan yg tinggi 8-20%.
•simpanan yg dilindungi seperti simpanan menjadi percuma sekiranya anda sakit kritikal atau hilang upaya.


Jadi anda sudah tahu apa masalah yang anda bakal hadapi dan solusinya telah saya kongsikan.

Apa tindakan anda?

Saya kongsikan konsultasi secara percuma.

Aliff shanusi
PERUNDING TAKAFUL dan KEWANGAN ANDA 😊
017 269 2077