October 30, 2013

WANITA DAN KEBAHAGIAN

Kanser Payudara


Pengenalan
Perkataan kanser diambil dari bahasa latin "crab". Umumnya 1 billion sel kanser diperlukan untuk membentuk selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dan berat 1 gram. Oleh itu, kanser adalah sukar dan lewat dikesan melalui teknik pengimejan.Menurut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan ‘National Cancer Registry’ 2002:
  • Terdapat lebih dari 26,000 kes baru kanser dikesan di Semenanjung Malaysia.
  • Wanita Malaysia mempunyai insiden kanser lebih tinggi (55 peratus berbanding 45 peratus) daripada lelaki.
  • 1 dalam 5.5 warga Malaysia dijangka mendapat kanser sepanjang hayatnya (1 dalam 4 orang bagi kaum Cina, 1 dalam 5 orang bagi kaum India dan 1 dalam 7 orang bagi kaum Melayu).
Kanser yang biasa di Malaysia ialah:
  • Di kalangan lelaki- Kanser paru-paru tinggi di kalangan lelaki yang merokok diikuti kanser hidung (nasopharyngeal cancer) dan kanser usus/colorectal.
  • Di kalangan wanita- Kanser payudara adalah tinggi diikuti dengan kanser pangkal rahim.
  • Kanser usus - kadar insiden meningkat pada kedua-dua jantina.
Apa itu Kanser Payudara?
Kanser payudara merupakan kanser utama di kalangan wanita di Malaysia, 1 dalam 19 wanita adalah berisiko. Berbanding 1 dalam 8 wanita di Eropah dan Amerika Syarikat. Kanser payudara bermula dari sel payudara. Kanser payudara adalah biasa pada wanita dan hanya 1% lelaki mendapat kanser ini.
Payudara wanita adalah terdiri dari sel-sel kelenjar lobul yang menghasilkan susu (lobulas), saluran yang bawa susu ke bahagian puting, lemak dan tisu pengantara, saluran darah dan limfa. Kebanyakan kanser payudara bermula dari sel yang melapisi bahagian saluran (ductal cancer), sebahagian lain bermula pada kelenjar lobul (lobular cancer) dan selebihnya bermula dari tisu-tisu lain.
Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.
Jenis-jenis kanser payudara
  1. Kanser setempat 'Carcinoma in situ' : Istilah ini merujuk kepada kanser peringkat awal dan masih berada di tempat ia bermula iaitu terhad di saluran atau kelenjar susu payudara.
  2. Kanser saluran 'Ductal carcinoma in situ' (DCIS): Ia adalah jenis kanser payudara yang tidak merebak (noninvasive) dan berada di sekitar saluran susu payudara.
  3. Kanser lobular (Lobular carcinoma in situ) (LCIS): Keadaan ini bermula di kelenjar susu dan tidak melepasi dindingnya.
  4. Kanser saluran merebak (Invasive (infiltrating) ductal carcinoma) (IDC): Merupakan kanser payudara yang paling biasa. Bermula pada saluran susu, melepasi dinding saluran dan merebak ke tisu payudara lain.
  5. Kanser lobul merebak (Invasive (infiltrating) lobular carcinoma (ILC)): Kanser ini bermula pada kelenjar susu. Ia boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Penyebab Kanser Payudara
Beberapa faktor dikenalpasti menyumbang kepada kanser payudara. Faktor risiko meningkatkan kemungkinan seseorang untuk mendapat penyakit.
Faktor risiko terbahagi kepada 2 kategori :
Faktor Risiko tidak boleh di kawal :
  • Umur-Semakin berumur semakin tinggi kemungkinan mendapatnya. Wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur muda.
  • Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.
  • Sejarah keluarga- sekiranya anda ada sejarah keluarga kanser payudara, anda adalah berisiko tinggi. 4.
  • Sejarah lalu kanser payudara- sekiranya anda telah didiagnosa kanser payudara waktu dulu, anda lebih berisiko mendapat kanser payudara sekarang.
  • Tempoh haid- lebih awal datang haid yang pertama, anda berisiko mendapatnya semasa anda telah berumur.
  • Faktor keturunan- 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2 adalah gen utama ( 80% dari semua gen).
Faktor Risiko Boleh di Kawal
  • Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari wanita yang tidak mengambil alcohol 2.5 gbs.
  • Senaman- wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.
Gejala-Gejala Kanser Payudara
  • Tanda paling biasa kanser payudara ialah ketulan atau bengkakkan.
  • Ketulan yang tidak sakit, keras dan tidak sekata berkemungkinan besar kanser. Ada juga ketulan kanser yang sakit, lembut dan berbentuk bulat. Oleh itu sangat penting berjumpa doktor segera apabila ada pembengkakan atau ketulan di payudara.
Tanda-tanda lain kanser payudara seperti berikut:
  1. Bengkak pada sebahagian payudara
  2. Kulit jadi berkedut seperti kulit limau
  3. Puting masuk ke dalam atau sakit
  4. Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
  5. Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu.
  6. Ketulan pada bahagian ketiak
Bagaimana kanser payudara dikesan?
  1. Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)- wanita patut melakukan PSP secara berkala bermula dari umur 20 tahun. Belajarlah dari jururawat anda dan sekiranya ada ketulan dikesan, jumpa doktor segera.
  2. Mammogram- Mammogram ialah ujian x-ray payudara. Pemeriksaan ini dibuat kepada wanita yang tiada masalah tetapi berisiko. Pemeriksaan bagi wanita yang ada tanda atau masalah payudara juga akan dilakukan. Semasa ujian mammogram, payudara ditekan antara 2 keping plet dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Kadar radiasi x-ray adalah rendah dan tidak meningkatkan risiko kanser payudara.
  3. (Pengambilan tisu dari payudara (biopsi). Semasa ujian ini, sel dari kawasan yang disyaki diambil dan duji di makmal.
Tahap Kanser Payudara
Pengkelasan tahap kanser payudara penting untuk memastikan sama ada pesakit boleh sembuh sepenuhnya pada peringkat awal atau sebaliknya:
  1. Tahap 0 - Kanser setempat (Cancer in Situ)
  2. Tahap I - Kanser kurang dari 2 cm.
  3. Tahap II - Kanser 2 hingga 5 cm tanpa atau dengan bengkakan kelenjar di ketiak
  4. Tahap III - Kanser besar dari 5 cm atau penglibatan kelenjar ketiak yang banyak
  5. Tahap IV - Kanser telah merebak ke luar payudara dan melibatkan organ lain dalam tubuh
  6. Tahap I & II - adalah awal dan boleh disembuhkan.
  7. Tahap IV - tidak boleh disembuh
Rawatan
Wanita yang dikesan kanser payudara diberi rawatan selepas dibuat penilaian lengkap oleh doktor. Sebahagian pesakit akan dibedah sebelum diberi rawatan kemoterapi (adjuvant chemotherapy). Sekiranya pakar bedah memutuskan untuk mengecilkan saiz kanser sebelum pembedahan, rawatan kemoterapi atau radioterapi akan diberi terlebih dahulu.
  1. Jenis Pembedahan-tujuan pembedahan ialah untuk membuang tisu kanser payudara
    • Pembuangan ketulan kanser pada payudara (lumpectomy). Merupakan terapi konservatif, tisu normal tidak dibuang.
    • Pembuangan sebahagian payudara (Partial (segmental mastectomy)’ (mas-tek-tuh-me) : Pembedahan ini melibatkan pembuangan lebih tisu payudara berbanding dengan (lumpectomy). Ia biasanya diikuti dengan radioterapi.
    • Pembuangan sebahagian atau seluruh payudara (simple or total mastectomy): Dalam pembedahan ini, keseluruhan payudara yang terlibat dibuang, tetapi kelenjar limfa di ketiak dan otot-otot di bawah payudara tidak dibuang.
    • Pembuangan payudara radikal diubahsuai (Modified radical mastectomy). Pembedahan ini melibatkan pembuangan seluruh payudara yang terlibat dan sebahagian kelenjar limfa di ketiak.
    • Pembuangan payudara radikal (Radical mastectomy). Pembuangan seluruh payudara, yang terlibat kelenjar limfa dan otot-otot bahagian bawah payudara.
    • Pembedahan bahagian ketiak (Axillary dissection). Pembedahan ini dilakukan untuk memastikan sama ada kanser payudara telah merebak ke kelenjar limfa di ketiak atau tidak. Sebahagian kelenjar akan dikeluarkan dan diperiksa dibawah mikroskop.
  2. Kimoterapi
    • Kimoterapi bertindak sebagai ubat pembunuh sel kanser yang diberi melalui salur darah atau secara pil memakan. Ubat kimoterapi memasuki salur darah ke seluruh badan. Sekiranya kimoterapi diberi selepas pembedahan ia dapat kurangkan kemungkinan kanser berulang. Kimoterapi juga merupakan rawatan utama yang diberi bila kanser telah merebak menjangkaui luar payudara dan di kawasan ketiak atau rebakan meluas selepas rawatan pertama.
    • Kimoterapi juga diberi sebelum pembedahan, biasanya untuk mengecilkan saiz bengkakan dan mudah dibuang.
    • Kimoterapi diberi dalam beberapa kitaran, setiap kitaran diikuti dengan tempoh rehat. Jumlah kitaran rawatan biasanya sehingga 3 – 6 bulan. Biasanya kombinasi beberapa ubat diberi.
    • Kesan sampingan kimoterapi bergantung kepada jenis, jumlah dan tempoh ubat-ubat diberi:
      • Sangat letih kerana kekurangan sel darah merah
      • Loya dan muntah
      • Hilang selera makan
      • Rambut gugur
      • Kudis mulut
      • Perubahan kitaran haid (mungkin berkekalan)
      • Risiko jangkitan meningkat kerana kekurangan sel darah putih
      • Lebam atau pendarahan dari luka kecil disebabkan oleh kekurangan sel pembeku darah
  3. Terapi Radiasi
    • Rawatan ini melibatkan penggunaan pancaran bertenaga tinggi (seperti x-ray) untuk membunuh atau mengecut sel-sel kanser. Radiasi mungkin dari luar badan (radiasi luaran) atau dari bahan radioaktif yang diletakkan pada ketumbuhan (brachytherapy).
    • Rawatan ini digunakan untuk memusnahkan sel kanser yang masih tertinggal di dalam payudara, dinding dada atau bahagian ketiak selepas pembedahan. Kadang-kadang ianya digunakan untuk mengurangkan saiz ketumbuhan sebelum pembedahan.Setiap rawatan mengambil masa beberapa minit.
    • Rawatan ini biasanya diberi 5 hari seminggu sebagai pesakit luar, untuk selama 6 atau 7 minggu. Ia bermula sebulan selepas pembedahan.
    • Kesan sampingan utama terapi radiasi ialah bengkak dan merasa berat pada payudara, kesan kemerahan pada kawasan berkenaan dan keletihan.
  4. Terapi Hormon
    • Hormon estrogen menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser payu dara pada sesetengah wanita. Kaedah untuk menghalang atau mengurangkan paras estrogen digunakan untuk merawat kanser payu dara.
    • Ubat tamoxifen bertindak untuk menghalang kesan estrogen. Ia diambil dalam bentuk pil, biasanya setiap hari selama 5 tahun selepas pembedahan. Ia mengurangkan risiko kanser daripada berulang.
    • Aromatase inhibitors ialah sejenis ubat yang menghalang tubuh membentuk estrogen. Ia hanya berkesan untuk wanita yang telah putus haid dan kanser yang dihidapinya positif hormon (reseptor estrogen positif)



 REPOST .http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/kanser-payudara

October 28, 2013

ANDA adalah DIRI ANDA

YA setuju bukan? kita adalah diri kita dan bertanggungjawab di atas segala perbuatan kita.

dalam membina diri dan personaliti, pergaulan, pendidikan serta didikan daripada keluarga amat penting.

termasuk bahan bacaan dan suasana kerja. keta mampu memilih lagi lagi didalam dunia serba moden.

cabaran sebenar adalah diri sendiri dan fikiran kita.

fikiran yang di asaskan daripada didikan dan pergaulan serta bacaan. sekiranya positif maka makanannya dalah perkara positif dan sebaliknya.

secara peribadi fikiran yang positif akan membawa kepada ketenangan dan kesenangan, tidak stress dan redha. berlainan daripada pemikiran negetif.


pemikiran positif diasaskan oleh otak kanan berbanding otank kiri, otak kanan lebih bersikap emosi dan kiri analitikal dan nyata.

spritual dan emotional intelligence daripada otak kanan dan iq daripada kiri.

bersifat terbuka dan redha daripada IKHTIAR zahiri menjadikan kita lebih dan positif, kita rancang dan ALLAH sebaik baik perancang.

jom positif.



October 27, 2013

October 26, 2013

RUMUSAN BELANJAWAN (BAJET) 2014.

Ia bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu

Bajet 2014 yang menggariskan lima teras utama itu juga merupakan bajet kelima yang direncana Najib selaku Menteri Kewangan sejak 2009

Klik pautan (link) http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub14.pdf untuk membaca atau muat turun (download) teks penuh ucapan bajet tahun 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Intipati Bajet 2014 Ringkasan Dan Rumusan


Kadar BR1M Dinaikkan

  • Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650

  • Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300

  • BR1M 3.0  diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450

Subsidi Gula Dimansuhkan

  • Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan mulai 26 Oktober 2013. Ini bertujuan sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah kesihatan terutamanya diabetes dan kencing manis

  • Harga gula akan naik RM2.84 sen sekilogram mulai 26 Oktober 2013

Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman,  kata Najib

Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500,persara RM250

  • Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji, minimum RM500

  • Pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250
    Akan dibayar pada awal Januari 2014
Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan

  • Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah tetap diteruskan

Kadar Baucar Buku Dinaikkan

  • Baucar Buku Dinaikkan daripada RM 250 kepada RM300 kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi di Malaysia

Kelajuan Internet Dinaik Taraf

  • Kerajaan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi meluaskan liputan ke bandar-bandar utama. Kelajuan Internet akan ditambah kepada 10 Mbp

  • Rangkaian HSBB akan diperluas ke kawasan pinggir bandar pada kos RM1.6 bilion, dengan capaian Internet ditambah kepada antara empat dan 10 Mb

Program Perumahan Rakyat

  • 223,000 unit rumah pada harga berpatutan

  • Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta. PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak

  • 80,000 unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran

Kadar GST lebih rendah

  • Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 pada kadar enam peratus, lebih rendah daripada kadar cukai-cukai sedia ada

Bantuan yuran taska RM250 sebulan

  • Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan

Penbangunan Sukan RM239 juta

  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM239 juta dalam Bajet 2014 bagi meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan di negara ini

Program Pertanian

  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil


My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/ringkasan-intipati-kandungan-bajet-2014-belanjawan#ixzz2itpJPzLY



October 17, 2013

September 11, 2013

ORANG KUANTAN DALAM BAHAYA???



PERHATIAN!!!

Anda Dalam Bahaya!!!.

sekiranya ada simtom simtom sebegini di dalam kehidupan seharian anda.

Inline image 1

1. Dapat gaji, Tak Sampai Seminggu Gaji HABIS

2. HUTANG lapok dah bayar tapi TAK KURANG -KURANG.

3. GAJI tak CUKUP.

4. PERBELANJAAN Hidup Meningkat?

5. Nak KEMBANGKAN duit Tapi TAKDE ILMU?

6. DUIT SIMPANAN semakin susut atau DAH TAKDE?


ANDA SANGAT KRITIKAL, ANDA MENGALAMI KANSER WANG.


Inline image 2


Inline image 3

RAMAI YANG BERSEDIA UNTUK BERUBAH, ANDA BAGAI MANA?
Inline image 4
Inline image 5
Inline image 6

SESI KHAS DI KUANTAN
HOTEL SERI MALAYSIA KUANTAN
14 SEPTEMBER 2013
JAM 9.00 PG- 3.00 PTG.



PASTIKAN ANDA MENDAFTAR UNTUK MEMASTIKAN TEMPAT UNTUK ANDA, TEMPAT ADALAH TERHAD, TERBUKA KEPADA SEMUA UNTUK  MEMPERBAHARUI 

TEKNIK SIMPANAN,PELABURAN DAN HARTANAH SERTA SAHAM. JUGA KEPADA MEREKA YANG MEMILIKI KEBOCORAN KEWANGAN

 DAN MONEY HABIT YANG TERUK.

UNTUK MENDAFTAR SILA KLIK 

http://tinyurl.com/daftargarajwang 

MAKLUMAT LANJUT BOLEH LAYARI 

http://tinyurl.com/garajwang333
atau hubungi terus Coach ALIFF SHANUSI
di Talian 013 4662 077 @ 017 2692 077


untuk pendaftaran.

September 4, 2013

DUIT MALAYSIA JATUH TERUK SEKALI LAGI,? APA TINDAKAN ANDA?

Mungkin berita ini tidak di siarkan di TV malaysia, atau di laman WEB kerajaan,
untung kami warga selatan menerima khabar dari seberang dengan jelas kejatuhan 
nilai duit kita berbanding singapura atau amerika. JADI APA TINDAKAN ANDA?

Dan dari sesetengah kita sudah tahu dari internet atau facebook, jadi apa tindakan mereka?
pengeluaran tehadap bon tunai ringgit dan kadar akaun semasa yang rendah membuatkan
para pelabur takut untuk melabur di malaysia, dan kadar kenaikan minyak dan barangan 
harian mugkin membebankan anda.?

JADI BAGAIMANA?


sedutan berita dari seberang..... hayati dan fahami.






30 TEKNIK MENYIMPAN GAYA JUTAWAN OLEH ABANG ABU @ MEKANIK$

Dapatkan segera, call 013 4662077 /0172692077  @leave comment di bawah.

harga asal RM 70,   

HARGA PROMOSI RM 35.. ( 10 buah buku sahaja)


September 3, 2013

PERBUATAN YANG MEWARISI KEPAPAAN DAN KEMISKINAN

1)Mengerjakan dosa 
2)Melebihkan tidur 
3)Tidur bertelanjang 
4) Tidur selepas solat subuh 
5)Membiarkan makanan yang jatuh. (tidak diambil@dibersihkan) 
6)Mengeringkan anggota badan(termasuk peluh) dengan tepi kain(pakaian) yang sedang dipakai. Untuk penyelesaian,gunakanlah sapu tangan 
7)Membakar kulit bawang(merah@putih) 
8)Menyapu rumah pada malam hari 
9)Meninggalkan sampah pada rumah (tidak dibuang@dibersihkan) 
10)Berjalan dihadapan guru (tidak tunduk@hormat) 
11)Membasuh tangan dengan tanah 
12)Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya 
13)Meringankan sembahyang. (solat tidak sempurna tanpa kusyuk dan tawaduk) 
14)Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan 
15)Bersegera keluar dari masjid 
16)Pergi ke pasar pada awal-awal pagi,dan melambatkan kepulangan 
17)Tdak membasuh bekas makanan 
18)Memadam pelita dengan mulut 
19)Menyisir rambut dengan sikat yang patah2 
20)Meninggalkan berdoa untuk kedua ibu bapa 
21)Memakai serban ketika duduk
 22)Memakai seluar ketika berdiri 
23)Terlalu boros atau bakhil dalam berbelanja 24)Membuang kahak ketika qada hajat 
25)Menyapu rumah dengan kain(pakaian) 
26)Cungkil gigi dengan pencungkil kayu(gunalah tali) 
27)Duduk dibendul rumah 28)Duduk diantara belahan pintu
29)Berwudhu ditempat tidur 30)Makan sesuatu ketika berjunub 


Dipetik dari kitab Taalim Mutaallim (m/s 43) dan 
kitab Jauhar Al-Mauhub Wa Minabbahatil Qulub (m/s 102) 
karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman Al-Kelantan

APA ITU CASH FLOW GAME? CASHFLOW GAME DI AWANI ASTRO, BERSAMA ABANG ABU @ MEKANIK$

CASHFLOW GAME DI AWANI ASTRO, BERSAMA ABANG ABU @ MEKANIK$





ANDA TIDAK RUGI SEKIRANYA ANDA DATANG, TAPI ANDA AKAN KETINGGALAN SEKIRANYA ANDA TIDAK HADIR.



----------------------------------------
APA YANG ANDA AKAN DAPAT 
----------------------------------------



1) Mengenali Aliran Wang Anda 

———–> supaya anda boleh membetulkan sekiranya dalam keadaan yang tidak betul

2) Memahami Keadaan Kewangan Anda 

———-> supaya dapat memulakan langkah untuk mencapai kejayaan kewangan

3) Membetulkan keadaan dengan MEKANIK$ 

—-> Memahami Balance Sheet ( Penyata Kewangan)

4)Kenali Aset dan Liabiliti 

——-> Supaya dapat membuat keputusan bijak dalam pelaburan

5) Ketahui cara cara mendapatkan pendapatan pasif yang betul 

--—–> permulaan menjadi bebas kewangan

6) SIMULASI  kewangan terkenal di dunia CASHFLOW bahasa Melayu yang diasaskan oleh ROBERT T KIYOSAKI


SERTAI KAMI SEKARANG UNTUK BELAJAR ILMU

 KEWANGAN YANG AKAN MERUBAH STATUS 

KESIHATAN KEWANGAN ANDA DAN MEMBANTU 

MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN ANDA!!!

August 25, 2013

Cara de activate kan lokasi anda di smart phone

Cara cara dan langkah langkah nak activated kan location anda di smartphone


1.cari app Google Setting.


2.selepas itu clik LOCATION



3.Sekiranya ruang kotak ACCESS LOCATION bertanda right,
sila clik di situ....



4. dan screen kecik ini akan terpapar, clik ok untuk unRIGHT

5. done, location anda disable. setlle.

6. lain lain setting untuk ubah location dan update serta delete location history.



TERIMA KASIH


-------------------------------------------------------------------------------------------



PERHATIAN!!! ANDA DALAM BAHAYA Sekiranya anda penguna tegar SMARTPHONE.

Adakah anda penguna smartphone?

Suka mengambil gambae menggunakan handphone anda?

Upload di laman sosial atau tidak tidak menjadi masalah.
Anda dalam BAHAYA.

anda mendedahkan privacy anda dan diri anda kepada jenayah terancang.

ancaman baru kepada pengguna handphone.

Sila tonton video ini




CARA DISABLE SETTING LOCATION DI SMART PHONE ANDA
 http://aliffshanusi.blogspot.com/2013/08/cara-de-activate-kan-lokasi-anda-di.html
--------------------------------------------------------------------------------------------------------







Sertai program garaj wang untuk perbaiki sistem kewangan dan kebocoran wang  anda.
( tempat limited)

August 18, 2013

GARAJ WANG 3,3.3







ANDA MEMPUNYAI MASALAH MACAM INI???

KEBOCORAN DUIT

DUIT TAK CUKUP TIAP BULAN

BEBAN HUTANG YANG BANYAK

PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERCELARU






MEREKA YANG TELAH HADIR

apa kata mereka.....




----------------------------------------
APA YANG ANDA AKAN DAPAT 
----------------------------------------


1) Mengenali Aliran Wang Anda 

———–> supaya anda boleh membetulkan sekiranya dalam keadaan yang tidak betul

2) Memahami Keadaan Kewangan Anda 
———-> supaya dapat memulakan langkah untuk mencapai kejayaan kewangan

3) Membetulkan keadaan dengan MEKANIK$ 
—-> Memahami Balance Sheet ( Penyata Kewangan)

4)Kenali Aset dan Liabiliti 
——-> Supaya dapat membuat keputusan bijak dalam pelaburan

5) Ketahui cara cara mendapatkan pendapatan pasif yang betul —–> permulaan menjadi bebas kewangan

6) Bermain permaianan kewangan terkenal di dunia CASHFLOW bahasa Melayu yang diasaskan oleh ROBERT T KIYOSAKI


SERTAI KAMI SEKARANG UNTUK BELAJAR ILMU

 KEWANGAN YANG AKAN MERUBAH STATUS 

KESIHATAN KEWANGAN ANDA DAN MEMBANTU 
MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN ANDA!!!