July 25, 2016

Kakitangan Awam Bakal Biayai Dana Pencen Sendiri.

KUALA LUMPUR - Kakitangan awam mungkin perlu menyumbang kepada dana persaraan mereka sendiri pada masa akan datang, kata  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.

Dalam temubual dengan akhbar The Sun, Wan Kamaruzaman berkata, ia mungkin menyerupai kaedah pekerja swasta menyumbang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Apa yang anda perlu tahu, kerajaan mungkin memutuskan yang skim sedia ada ini adalah sukar untuk dikekalkan dan kita mungkin akan beralih kepada skim jenis KWSP," katanya.

Skim pencen semasa untuk penjawat awam dipanggil 'Manfaat Pasti" di mana hanya kerajaan dan majikan lain penjawat awam yang membuat sumbangan, seperti badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Dengan skim ini, pesara diberi jamainan untuk mendapat bayaran pencen separuh dari gaji terakhir untuk seumur hidup setelah bersara pada usia 60 tahun. Pasangan pula akan mendapat jumlah yang sama sekiranya pesara berkenaan meninggal dunia.

Jelas Wan Kamaruzaman, skim yang serupa dengan KWSP itu dipanggil 'Sumbangan Pasti' mungkin membolehkan kerajaan mengurangkan bebanan bagi laibiliti pencen yang sentiasa bertambah. Skim semasa menyebabkan kerajaan diletakkan dengan liabiliti berjumlah sehingga RM300 bilion.

"Katakanlah di masa depan, lima tahun lagi penjawat awam lantikan baru akan diletakkan dalam skim 'Sumbangan Pasti', jadi KWAP akan mengendalikan kedua-dua skim 'Manfaat Pasti' dan 'Sumbangan Pasti', itu cara yang saya lihat. Kerana apa yang ada terlalu bagus untuk dikekalkan," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengakui bahawa, skim yang sedia ada sukar untuk dikekalkan bagi jangka panjang. Dengan itu, memberi isyarat satu skim alternatif mungkin sedang dirancang.

Dengan kekuatan perkhidmatan awam sehingga 1.6 juta penjawat awam bertukar kepada skim "Sumbangan Pasti' memerlukan azam politik yang tinggi.

KWAP mengendalikan keseluruhan operasi pencen kerajaan dan majikan lain penjawat awam, setelah menyerap keseluruhan jabatan pencen awam yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kesemua 250 orang pekerja jabatan itu kini ditempatkan di pejabat KWAP di Cyberjaya.

Semenjak November 2015, syarikat itu juga telah mengambil alih operasi pembayaran pencen bulanan kepada 700,000 pesara dari kerajaan. Ini setelah pengubahsuaian dibuat kepada Akta Dana Persaraan 2007, awal tahun 2015.

Bagaimanapun, dana untuk pembayaran itu masih datang dari kerajaan. Manakala KWAP dibayar yuran pentadbiran.

Sumber berita: The Sun | Free Malaysia Today

July 13, 2016

MIGRAIN RISIKO STROK BAGI KEBANYAKKAN WANITA





Tahukah Anda gadis atau wanita yang mengalami migrain lebih berisiko terkena strok atau serangan jantung.

Kumpulan penganalisis institusi kesihatan awam di Charite Universitatsmedizin berlin, Jerman mendapati migrain menjadi petanda risiko penyakit kardiovaskular terutamanya bagi perempuan.


Hasil kajian itu dikongsi oleh ketua penyelidik,,Tobias Kurth dan data terkumpul di bahagian Kajian Kesihatan Jururawat 11 dengan respinden seramai 115,500 wanita.

PERATUSAN TINGGI

Seramai 17,531 responden berusia antara 25 hingga 42 tahun di kesan menghidap migrain.

Daripada kajian itu, Kurth menjelaskan rusiko penyakit kardiovaskular terbukti 50 peratus lebih tinggi bagi wanitapenghidap migrain.

"Tiga puluh sembilan peratus lebih tinggi berisiko kena penyakit jantung. 62 peratus untuk strok dan sesak nafas pula 73 peratus," katanya.

Justeru bagi anda yang selalu sakit kepala, dapatkan pemeriksaan sewajarnya untuk mencegah penyakit berbahaya.

Shuhada mansor
gen.y@hmetro.com.my
HARIAN Metro 14 julai 2016 khamis.


July 10, 2016

Nak ambil takaful tetapi tidak mampu. Ini caranya..


Bayaran bulanan takaful kadang kala menjadi beban bagi sesetengah orang terutama mereka yang berpendapatan rendah. Apabila ini terjadi, ramai yang terpaksa mengelak untuk mengambil pelan perlindungan tersebut walaupun mereka faham ia adalah penting.

Bagi mereka yang mempunyai gaji tinggi, mungkin tiada masalah untuk mencarum takaful. Namun, lain pula bagi mereka yang berpendapatan rendah kerana kos yang tinggi menjadi halangan untuk mengambil pelan perlindungan.

Apabila sesetengah pemegang polisi tidak mampu untuk membuat bayaran setiap bulan secara tetap, maka polisi tersebut boleh terbatal dengan sendirinya.

Bagi mereka yang bergaji rendah tetapi masih mahu mengambil takaful, anda mungkin boleh baca dan kaji beberapa faktor seperti berikut:


Bajet

Pengurusan kewangan yang baik biasanya menetapkan pengambilan takaful tidak melebihi 10% dari gaji yang diterima. Jika gaji anda adalah RM2,000 sebulan, ini bermakna anda hanya boleh ambil pelan takaful sehingga RM200 setiap bulan sahaja.

Tetapkan had limit anda sendiri bagi mengelakkan beban yang terlalu tinggi setiap bulan dan menyebabkan polisi terbatal kerana tidak mampu membuat bayaran setiap bulan.

Selain itu, cara terbaik bagi mengelakkan anda terlepas membuat bayaran takaful adalah dengan membuat potongan secara automatik melalui akaun bank anda. Dengan cara ini anda tidak perlu risau tentang masalah pembayaran kerana anda telah meletakkan takaful sebagai perbelanjaan yang utama.


Keperluan

Setiap orang mempunyai keperluan pelan perlindungan yang berbeza mengikut kadar risiko masing-masing.

Orang yang bekerja di pejabat mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding mereka yang bekerja di atas jalan raya. Oleh itu, tetapkan had bayaran bulanan mengikut kadar risiko anda.

Selain itu, semak juga kad perubatan yang telah disediakan oleh kebanyakan majikan. Jika sesetengah kos perubatan sudah dibiayai oleh majikan, tidak perlu untuk ambil kad perubatan yang sama. Anda hanya perlu ambil kad perubatan luar yang tidak dibiayai oleh majikan anda.


Produk

Kebanyakan ejen takaful pada hari ini akan cuba mempromosikan pelan perlindungan yang digabungkan sekali dengan pelan pelaburan. Apabila pelan tersebut mempunyai fungsi tambahan, ini bermakna caruman bulanan anda akan meningkat.

Jika anda rasa terbeban, anda boleh pilih untuk mengambil pelan takaful hayat bagi perlindungan diri anda sahaja dengan syarat majikan anda menawarkan faedah kad perubatan. Cara ini dapat mengurangkan kos bulanan anda.

Perkara yang perlu anda faham adalah semakin banyak manfaat pelan perlindungan tersebut, semakin tinggi caruman bulanan. Oleh itu, pilih produk yang terbaik supaya anda tidak membayar takaful yang terlalu mahal tetapi manfaat yang sedikit.

Bermula awal 

Jika anda adalah seorang lepasan universiti, takaful adalah antara perkara utama yang perlu anda fikirkan. Hal ini kerana anda masih muda dan caruman takaful setiap bulan masih lagi rendah.

Selain itu, ketika muda juga anda masih lagi sihat dan jauh dari sebarang masalah kesihatan atau penyakit yang boleh menyebabkan caruman bulanan anda meningkat. Permohonan polisi anda juga mungkin akan ditolak jika anda sudah menghidap pelbagai jenis penyakit.

Anda juga digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Caruman bagi mereka yang merokok tidak sama nilainya dengan mereka yang tidak merokok. Ini kerana perokok mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Semoga artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan dalam pemilihan pelan perlindungan anda.

REBLOG:http://www.duitkertas.com/2016/07/nak-ambil-takaful-tetapi-tidak-mampu.html


June 22, 2016

Perancangan HIBAH dan Kepentingannya.

Hibah secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad).

Hibah adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah.Selain itu, terdapat hadis berkaitan urusan hibah ini. Sabda Rasulullah SAW: Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang. (riwayat al-Bukhari)

Pun begitu, apabila seseorang telah menghibahkan hartanya kepada individu yang lain, dia tidak boleh menarik semula atau membatalkan hibah tersebut kecuali dalam situasi seorang bapa menghibahkan harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya.

Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang mengambil balik hibahnya seperti orang yang menjilat kembali muntahnya". (riwayat Al-Nasa'i)

Sabda Baginda SAW lagi: "Seseorang tidak boleh meminta balik hibahnya melainkan hibah bapa terhadap anaknya". (riwayat Al-Nasa'i)

Setiap kontrak dalam Islam mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat yang mesti dipatuhi, begitu juga dengan hibah.

Akad hibah tidak akan wujud melainkan setelah rukun-rukun dan syarat-syaratnya dipenuhi.

Rukun-rukun bagi hibah ialah
  •  pemberi hibah (al-wahib)
  •  penerima hibah (al-mauhub lahu)
  •  benda yang dihibahkan (al-mauhub)
  •  sighah (penawaran dan penerimaan atau ijab dan qabul).


Syarat-syarat sah pemberi ialah pemberi merupakan pemilik yang sah ke atas harta yang ingin dihibahkan, tidak dihalang oleh sesuatu perkara.

Pemberi juga merupakan seorang yang telah baligh dan hibah atau pemberian yang dibuat perlulah dibuat secara suka rela dan tanpa paksaan. Jika pemberi dipaksa untuk menghibah atau menghadiahkan hartanya kepada orang lain, secara automatik hibah tersebut adalah terbatal.

Selain itu, syarat-syarat penerima pula ialah penerima perlu wujud semasa proses hibah atau kontrak dijalankan. Syarat-syarat bagi barang yang ingin dihibahkan ialah ia mesti wujud semasa berlakunya akad hibah, halal, mempunyai nilai dan dimiliki oleh pemberi hibah.

Penerima hibah tidak boleh menghibahkan barang yang menjadi milik orang lain. Contohnya; Ali menghibahkan pen Ahmad kepada Abu. Hibah tersebut adalah tidak sah kerana pen tersebut adalah dimiliki oleh Ahmad dan bukan kepunyaan Ali.

Apabila sesuatu akad hibah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya serta berlaku penyerahan dan pemberian barang itu (al-qabd), maka harta itu menjadi milik si penerima hibah. Jika al-qabd tidak berlaku, maka akad hibah tidak sah dan pemberi hibah berhak menarik balik hibah itu selama mana harta masih berada dalam miliknya.

Hibah diadaptasi sebagai konsep tambahan kepada produk-produk Takaful dan diamalkan oleh kebanyakan pengendali takaful seperti di Dalam kebanyakkan Produk TAKAFUL dan KEWANGAN ISLAM.

Berkaitan hibah manfaat Takaful kepada penama yang dinamakan di dalam borang penerima manfaat, para ilmuwan berselisih pendapat berkaitan beberapa isu yang ditimbulkan daripada amalan ini.

Antaranya adalah hibah seharusnya dilakukan semasa hidup, akan tetapi hibah manfaat Takaful akan hanya berkuatkuasa setelah peserta Takaful meninggal dunia.

Status manfaat Takaful juga masih dipertikaikan sama ada ia adalah harta si mati atau tidak. Jika ia adalah harta, adakah ia perlu dibahagi-bahagikan kepada ahli waris mengikut hukum faraid atau hibah yang dibuat itu sudah memadai untuk dilaksanakan.

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya yang ke 34 bertarikh 21 April 2003 / 19 Safar 1424, telah membuat keputusan mengenai aplikasi konsep hibah bagi pembahagian manfaat Takaful:

1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariah;

2. Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat di mana hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu.

Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa;

3. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (qabdh);

4. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang; dan

5. Borang penamaan Takaful perlu diselaras dan dinyatakan dengan jelas status penama sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang telah dimeterai.

Bagi produk-produk Takaful Keluarga yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas, pihak syarikat menyediakan borang cadangan hibah untuk peserta sekiranya mereka bercadang menghibahkan manfaat Takafulnya setelah berlaku kematian peserta.

Namun begitu, nama yang dicadang perlulah terdiri sama ada ibu bapa, pasangan yang sah, anak dan adik-beradik.

Walaupun hibah secara asasnya boleh diberi kepada sesiapa sahaja, namun, bagi menjaga dan memelihara kebajikan waris terdekat, pihak syarikat mengkhususkan kategori individu yang ingin dicadangkan sebagai penerima hibah.

Kesan daripada penggunaan akad hibah ialah harta yang telah dihibah terkeluar daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka atau faraid. Selain itu, harta tersebut tidak boleh dituntut oleh ahli waris yang lain.

Melihat kepada keperluan semasa, seharusnya lebih banyak produk yang berasaskan konsep hibah dihasilkan. Ia bagi menjadikan produk-produk tersebut lebih kompetitif dan mampu menandingi produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat insurans konvensional.

Justeru, para pengendali Takaful seharusnya mempergiatkan usaha penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk-produk yang bukan hanya kompetitif.

Apa yang paling penting, ia mestilah selaras serta selari dengan prinsip-prinsip yang digariskan oleh syariah.

cc: HarianMetro

June 5, 2016

[Lebih baik Menyesal sekarang ]


Memang tiada perkataan lain yang lebih sesuai di gunakan deripada "MEMANG AKU MENYESAL DATANG KELAS MARKETING MASTERY" yang Dr Azizan Osman kelolakan minggu lepas di Hotel De Palma Ampang Kuala Lumpur.

Mana tidaknya asyik di sindir dan sindir tanda henti dari satu slot ke satu slot, ke aku sorang yang terasa sahaja atau semua orang.

Antara yang paling syiok yang Dao kongsikan yang menyebabkan aku tersentap adalah

1. "Marketing Is not  selling",  sebab marketing adalah nak bagi orang tahu,rasa , cinta dan buat mereka tergila-gila dengan service dan produk kita.

2. DariPada statement di atas aku sedar yang marketing itu adalah sharing, beri dan beri free sehingga orang tanya asyik beri ja bila nak bayar.

3. 10 kesilapan orang yang nak mulakan berniaga ,peh ini buat aku sentap . Point ini jugalah buatkan aku menyesal datang lambat. Kalau lagi lambat memang boleh kelaut business ini.

4.  Dao dah simplified kan pelan dan cara nak mulakan marketing dari A-Z. Ini memang awesome. Sebab dah assence dalam kelas ini.

5. Point terakhir yang aku nak konsikan lepas 3 hari bertapa dengan Dao, adalah integrated Marketing secara offline dan online. Ini tekni puaka aku boleh gelarkan. Nampak macam biasakan. Tapi sekali dah jalan jangan terperanjat sekiranya termimpi mimpi. Yang ini aku tak boleh share tapi siapa yang nak kita boleh jumpa dan aku boleh plan dan design kan satu untuk siapa yang mahu.

Sebelum aku akhirkan catitan ini yang di amanahkan oleh sang guru dan demi keberkatan ilmunya
Masalah kita adalah bukan meniaga tidak pandai akan tetapi kita tidak ada ILMU marketing itu yang membuatkan kita selalu kalah dengan pesaing kita.

Bawah ini aku sertakan link untuk ebook teknik menyimpan dan membuat 1 juta yang pertama siapa
 yang berkehendak bolehlah saya sharekan >>> http://goo.gl/forms/XUnzSd8fIStd0Ap42

Insya allah aku akan sambung lagi warkah amanah ini....




Aliff shanusi
The Coach

November 7, 2015

Bagaimana dengan persaraan anda?


Siapa yang tidak menanti dan menyambut dengan penuh keterujaan saat-saat untuk bersara.

Inilah masa dan ketika yang dinanti-nantikan. Apa jua hobi atau keinginan melakukan sesuatu kini boleh dilakukan yang sebelum ini terpaksa dipendam dan ditunda dek kekangan masa dan kesibukan tugas.

Dalam pada itu, mungkin ramai juga di antara kita yang tidak terfikir untuk merancang persaraan kerana mereka beranggapan simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencukupi untuk menampung hidup di hari tua.

Malangnya, ia tidak sedemikian. Persaraan yang dilalui tanpa melengkapkan diri dengan persediaan yang sewajarnya boleh merumitkan kehidupan, lantas membuatkan ada segelintir yang terpaksa bergantung harap kepada anak-anak dewasa.

Bagi memastikan anda tidak ditimpa nasib yang sama, Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) menawarkan beberapa saranan sepertimana yang digariskan dalam buku panduannya mengenai kewangan individu.
 
ACCA menyifatkan amat penting bagi kita merancang persaraan seandainya kita mahu hidup selesa dan teguh kewangan di tahun-tahun keemasan.

Perancangan persaraan melibatkan beberapa langkah mudah yang boleh anda lakukan sendiri dan ia termasuklah menentukan berapa banyak yang anda perlukan sewaktu persaraan, berapa banyak yang anda miliki sekarang serta apa yang boleh anda lakukan untuk membetulkan keadaan.

BERAPA BANYAK WANG YANG DIPERLUKAN DALAM PERSARAAN

Jawapan ini memerlukan pemikiran dan perancangan yang bersungguh-sungguh memandangkan jumlah wang yang anda perlukan semasa persaraan mempunyai hubung kait dengan gaya hidup yang anda inginkan.

Misalnya, andaikata, anda merancang untuk berpindah ke sebuah rumah yang lebih kecil di sebuah kawasan pinggir bandar, justeru kos hidup mungkin lebih rendah berbanding tinggal di sebuah rumah besar di kawasan bandar.

Sebaliknya, anda mungkin memerlukan wang lebih jika merancang untuk memulakan satu hobi yang mahal atau ingin melancong mengelilingi dunia.

Sebelum memenuhi hajat itu, anda harus lihat perbelanjaan semasa dan menganggarkan bagaimana ia mungkin berubah semasa persaraan.

Umpamanya, anda boleh mengurangkan kos pengangkutan dan perbelanjaan hiburan tetapi anda mungkin perlu meningkatkan perbelanjaan perubatan kerana kemungkinan untuk anda jatuh sakit meningkat dengan peningkatan usia.

Secara alternatif, anda boleh membuat andaian bahawa anda hanya memerlukan 70 peratus hingga 80 peratus daripada perbelanjaan semasa sewaktu persaraan.

Misalannya, katakan gaji terakhir anda ialah RM66,000 setahun. Anda hanya memerlukan kira-kira RM52,800 daripada pendapatan tahunan setelah bersara (80% x RM66,000).  BERAPA LAMA ANDA PERLUKAN WANG ITU

Jawapannya ada kaitan langsung dengan jangkaan hayat anda.

Perangkaan bulan Disember 2007 Jabatan Perangkaan mencatatkan purata jangka hayat bagi lelaki ialah 72 tahun dan 76 tahun bagi wanita. Bagaimanapun, jika anda sekarang menikmati kualiti hidup yang tinggi dan kesihatan yang bagus, anda boleh lanjut usia sehingga 80 tahun.

Jadi, jika anda bersara pada usia 56, anda memerlukan sekurang-kurangnya 24 tahun pendapatan persaraan.

FAKTOR INFLASI

Ancaman paling besar dalam memenuhi keperluan kewangan semasa persaraan adalah inflasi. Inflasi ialah peningkatan kos hidup yang diterjemahkan sebagai peratus kenaikan harga berbanding tahun sebelumnya.

Anda mungkin tidak memberi tumpuan terhadap inflasi ketika anda bekerja kerana pendapatan anda cenderung meningkat seiring dengannya.

Bagaimanapun, apabila anda berhenti bekerja, pendapatan anda lebih kurang tetap dan ini membuatkan inflasi muncul sebagai masalah besar.

Seperti contoh terdahulu, anda perlu mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM52,800 setelah bersara. Bagaimanapun, ekoran inflasi, jumlah itu perlu dinaikkan bagi membolehkan anda mengekalkan gaya hidup anda. Oleh itu, pendapatan persaraan sebanyak RM52,800, katakan lima peratus daripada purata kadar inflasi untuk 25 tahun akan menjadi:

Pendapatan persaraan

= RM52,800 x Faktor nilai faedah masa depan (25 tahun, 5%) = RM52,800 x 3.386

= RM178,781.

BERAPA BANYAK JUMLAH DANA YANG ANDA PERLUKAN

Kini anda tahu bahawa inflasi boleh menjejaskan pendapatan semasa persaraan, langkah seterusnya ialah untuk mengetahui jumlah dana yang boleh bertahan sehingga 24 tahun.

Andaikan bahawa purata kadar pulangan ke atas pelaburan untuk 25 tahun akan datang ialah lapan peratus. Memandangkan kadar inflasi ialah lima peratus, maka kadar sebenar pulangan ke atas pelaburan ialah tiga peratus.

Jumlah dana yang diperlukan ialah:

= RM178,781 x Faktor anuiti nilai faedah masakini (25 tahun, 3%) = RM178,781 x 17,413

= RM3,113,114.

BERAPA BANYAK ASET YANG ANDA ADA TATKALA BERSARA

Mencari jawapan ini agak rumit kerana anda perlu tahu nilai setiap pelaburan masa depan, termasuk KWSP, nilai tunai insurans, pelaburan dalam syarikat yang melabur dan membayar dividen dan hartanah.

Bagi memudahkan pengiraan, katakan anda telah mengumpulkan sejumlah RM1 juta tatkala bersara.

Ternyata, dengan hanya RM1 juta dalam tangan, ia adalah tidak mencukupi bagi jumlah dana yang diperlukan yakni RM3,113,114. Anda kekurangan RM2,113,114.

BAGAIMANA UNTUK MENOKOK TAMBAH KEKURANGAN ITU

Memandangkan anda kekurangan RM2,113,114, cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan menabung secukup wang setiap tahun. Persoalannya, berapa banyak simpanan yang mencukupi untuk memenuhi kekurangan itu.

Jumlah simpanan

= RM2,113,114/ Faktor anuiti nilai faedah masa depan (25 tahun, 8%)


= RM2,113,114 /73.106


= RM28,905

Berdasarkan butiran ini, jumlah simpanan yang anda perlukan ialah RM28,905 setahun atau RM2,409 sebulan.

APAKAH LANGKAH SETERUSNYA

Bagi rancangan persaraan, anda dinasihatkan memilih pelaburan jangka panjang seperti saham, bon dan mutual funds memandangkan pelaburan jenis ini menghasilkan pulangan yang tinggi berbanding bentuk pelaburan lain umpamanya faedah daripada akaun simpanan atau deposit tetap.

Melabur dalam saham memberikan anda status pemilik dalam sesebuah syarikat yang anda melabur. Jika syarikat itu berjaya, anda seharusnya boleh menjana wang dengan menjual balik saham-saham itu.

Anda juga mungkin boleh meraih keuntungan daripada dividen yang dikeluarkan oleh syarikat itu secara tetap.

Bon pula sebenarnya adalah pinjaman kepada perniagaan dan kerajaan yang dipegang untuk sesuatu masa. Lazimnya ia lebih selamat untuk melabur dalam bon dan sesetengahnya disokongan oleh kerajaan.

Mutual funds adalah wang yang ditabung bersama oleh pelabur. Wang itu kemudiannya dilaburkan dalam beberapa syarikat, yang dengan demikian ia dapat meminimumkan risiko.

Melalui pelbagaian ini, kerugian sesebuah syarikat boleh diserap oleh keuntungan syarikat lain.

Nyata sekali, anda perlu memikirkan satu perancangan kewangan yang lengkap untuk persaraan anda dengan mengambil kira aset, hutang, perbelanjaan, tabungan, matlamat kewangan anda.

Seandainya anda buntu untuk melakukannya, usah risau. Dapatkan bantuan perancang kewangan yang berkelayakan. Tetapi, jika anda memilih untuk melakukan sendiri, sebuah perisian kewangan yang ada di pasaran boleh membantu anda.

Dengan perisian itu, anda boleh melihat graf malah pelbagai saranan mengenai jenis pelaburan boleh anda pertimbangkan.

Malah lebih menarik, anda boleh mencuba butiran yang ada untuk mengetahui sejauh manakah kukuhnya kewangan anda berada dalam keadaan berbeza.

Pokok pangkalnya, lagi awal anda merancang persaraan anda, lagi cerah masa depan persaraan anda.

August 12, 2015

Nilai Ringgit dan apa kaitannya dengan kos perubatan anda.


Tahukah anda, nilai mata wang sesebuah negara berkaitan dengan kos perubatan neraga tersebut.

Kebanyakkan ubat ubatan dan peralatan perubatan masih di import dari luar negara dan hanya beberapa peratus dihasilkan dari dalam negara.

Ada kebaikan dan juga keburukan dengan pengukuhan dollar berbanding ringgit kini dan sama jugalah ringgi mengukuh berbanding rupees india.

Jadi sebagai penguna yang bijak seperti anda. Apakah tindakan yang anda bagi mengatasi masalah ini.

Kenapa anda terbabit? :
1. ANDA TETAP MEMPUNYAI KEMUNGKINAN UNTUK SAKIT.

2. KOS RAWATAN SEMAKIN MENINGKAT.

3. NILAI WANG DAN SIMPANAN ANDA SEMAKIN RENDAH TATKALA INFLASI DAN KADAR KEJATUHAN MATAWANG NEGARA.

SETUJu?

Apa tindakan yang anda boleh lakukan?

1. Alihkan kos perubatan anda kepada pihak ketiga. Contoh company takaful prubsn. Bagaimana?  Itu boleh pm saya.

2.mulakan simpanan yang kukuh dan konsisten serta terdapat 2 nilai ini.apa dia?
•simpanan dengan kadar pulangan yg tinggi 8-20%.
•simpanan yg dilindungi seperti simpanan menjadi percuma sekiranya anda sakit kritikal atau hilang upaya.


Jadi anda sudah tahu apa masalah yang anda bakal hadapi dan solusinya telah saya kongsikan.

Apa tindakan anda?

Saya kongsikan konsultasi secara percuma.

Aliff shanusi
PERUNDING TAKAFUL dan KEWANGAN ANDA 😊
017 269 2077

April 25, 2015

#ABC MARKETING IS BULLSHIT




MARKETING IS BULLSHIT

writer: Ippho Santosa
Genre : #Marketing , #business , #SelfDevelopment
Language : Indonesian
Have 8 chapters.

Buku in menceritakan tentang perbezaan antara dulu dan kini berkaital sell dan marketing yang mana memfocuskan golongan otak kanan (#rightmind) dan perbezaan golongan kiri (#leftmind).

Bahasa yang mudah dan cara penyampaian yang ringkas serta contoh contoh yang menarik dikongsikan.
Di rekemenkan kepada golongan sell sebagai satu idea baru untuk dikongsikan kepada pelanggan.

Jom join #AliffBookClub , #ABC  di >>> http://goo.gl/v3wPmv


Aliff Shanusi

April 19, 2015

#AliffBookClub



COPYCAT MARKETING 101,

Banyak tip tip yang saya dapatkan daripada penulis buku ini Burke Hedges.
Meskipon buku ini sudah lama dan terjemahan daripada bahasa enggeris ianya mudah
dipahamai dan dihadam.

ada 7 bahagian dalam buku ini dan satu rumusan yang mana menyentuh berkaitan Perniagaan
dan dalam masa yang sama basic kefahaman tentang kewangan.

anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Buku buku yang saya baca?

Jom join KELAB BUKU SAYA> saya sharekan buku yang saya baca terkini dan sebelum ini .
MENARIK? 

Clik untuk daftar >>> http://goo.gl/v3wPmv

#KomunitiBuku #Buku #STORYBOOK #AliffBOOOClub #Story #KelabBUKU 
#BUSINESS #MARKETING #FINANCIAL #FINANCE 




April 17, 2015

MARKETING AND DESIGN BASICS: HOW THE COLOURS YOU USE INFLUENCE PEOPLE

What colours do you use in your logo, website and other marketing material? Are you aware of how those colours are influencing your potential customers’ decisions?
Countless studies have found that particular colours have different stimulating effects on consumers. Knowing how colour affects your potential consumers will help you tailor your marketing strategy and influence your target market.

For more information about how colours influence people take a look at the infographic below from Homestead.


REBLOG: http://blog.red-website-design.co.uk/2015/01/09/marketing-and-design-basics-how-the-colours-you-use-influence-people/

March 4, 2015

10 Tips for Staying on a Budget

                                 
A budget is a must-have for nearly every family.  Knowing how much money you have to spend on each area of your life can help keep balance and help with stress levels.  Not everyone can easily stay on a budget, but there are little things you can do to help keep your money going where it is supposed to go. Below are ten easy ways to help you get on track and stay there.

10 Tips for Staying on a Budget

1. Don’t spend what you don’t have.  This seems simple, but sometimes is harder than you think.  If you go to the store and buy a bunch of things you don’t need, you’re probably taking money out of an area that could have gone to pay a bill.  If you don’t have the “extra” then don’t go to the store…then you won’t be tempted!
2. Make a list. Don’t go to the store without a list.  You end up picking up a lot of things you don’t need simply because it catches you eye or looks tasty.  Plan out your menu, write up a list and stick to it while you are at the store.  
3. Shop with cash.  It’s easy to pull out your debit card to make a purchase, but it’s harder to keep track of.  If you have cash, you have to be careful you only spend what you have on hand.  You will find that you are more conservative with your spending if you can only spend a certain amount.
4. Cut bad habits.  It could be you like a beer or two, or smoke or even Starbucks in the morning.  Take a look at those habits and try to put an end to the ones costing you money.  If Starbucks is your obsession, cut down.  If you stop at least three times a week and spend, say $4.50 each time, that’s about $55/month and $650 a year on….coffee!
5. Work as a team.  If you are working on saving while your partner is out spending the extra, you are fighting a losing battle.  You will never win the budget game if you can’t both be on the same page.
6. Pay extra towards your balances.  You may not have enough to pay off a credit card but you can help to cut down the balance a lot quicker if you make extra payments and as early as possible.  Many loans have a per day interest that you accumulate.  If you make payments as quickly as possible, you may save a few dollars.  If you pay your minimum balance, you will be paying for a long time.  Add an extra $10, $20 or whatever you can to your payment to help cut down on the balance.
7. It’s okay to be flexible.  Life happens. Things come up.  Just because you fall off track and need to take money that *should* go to one bill or another is not a reason to fully give up.  Be flexible and ready for things to come up, because something will always come up.
8. Keep track!  You won’t know how much money you have to spend if you don’t know how much you’ve spent.  I know, sometimes it’s easy to just pretend you didn’t make that extra stop at Bed, Bath and Beyond, but just because you are pretending it didn’t happen, doesn’t mean the money isn’t gone.
9. Analyze your receipts.  Keep your receipts and look at them once a week/month to see where your money is going.  You may realize you are spending more than you thought.
10. Give your basket one last look.  Before you check out, give your basket one last look over to see if you really need everything you are buying.  You might see an extra package of cookies or things like that you put in your basket, despite your list.

March 3, 2015

How to Build an Emergency Fund on a Slim Budget


Having an emergency fund is important. It is something to rely on in times of trouble so you don’t have to immediately panic or wonder, “What now?” Building an emergency fund can be hard if you are living paycheck to paycheck. It may seem nearly impossible. Here are some ways you can build your emergency fund even if you are struggling.

How to Build an Emergency Fund on a Slim Budget


First, have a goal in mind. An emergency fund does not have to be a year’s worth of expenses. It can start out as just a couple hundred dollars in savings. The goal is to eventually grow it, but any money is better than no money in the case of an emergency.
If it is easier for you, try having your paycheck direct deposited. This way, you won’t see the money in your hands and it might be easier for you to resist spending. You can also utilize bank services such as having money auto-transferred as soon as it is deposited.
Ask your bank to save back a reasonable amount from each paycheck for you and put it in a separate account. It can be as little as $25 or $50 from each paycheck. For most families, this is just a night out at a restaurant you are giving up.
Save your change. It is amazing how fast it adds up. Just saving change in a jar can mean a couple hundred dollars after several months and it is easier to not spend it because it is change, not bills.
Look for ways you can trim your monthly expenses to add extra money to your emergency fund. Could you give up cable and go with a streaming service instead for TV? Could you go without new clothes this season and instead buy used? Small changes like this are nearly painless and add some money where you thought there was none to your fund.
Stop a bad habit and add the money that would have been spent on that to your fund for a period of time. This includes smoking cigarettes, going for shopping trips with no real need and so on. Don’t feel like you need to give it up for good, just until you get enough money in your fund. However, you may find that after that period of time, you no longer wish to continue with the habit.
Coupon your way to an emergency fund. If you don’t already coupon, now is the time to start. There is no need to go all extreme couponing with it, unless of course you want to. Just buy what you would normally buy and put the coupon savings back into your fund. It will be like making money appear from nowhere and not having to give up anything that you need or normally would buy.
Keep making “payments”. You may be close to paying of something you are making monthly payments on. If this is true, keep making the same amount of money payments to your emergency fund instead. You are already budgeting for it, so it won’t hurt you where you are currently.
The most important thing to consider when creating an emergency fund is, it is not for extras. It is just for maintaining your basic needs. Being honest with yourself can help you be more realistic about how much money you will need to have in the event you need to dip into it in the future.
What are some ways you have saved money for an emergency fund?


ReBLOG:
http://premeditatedleftovers.com/naturally-frugal-living/how-build-emergency-fund-slim-budget/#_a5y_p=2121725

October 15, 2014

"the colour of inequality : ethnicity, class, income and wealth in M'sia"

Kajian yg dibuat oleh Muhammad Abdul Khalid, ahli ekonomi dlm bukunya "the colour of inequality : ethnicity, class, income and wealth in M'sia" mengariskan realiti berikut :

1. Lebih 53% rakyat M'sia tidak mempunyai apa2 aset kewangan

2. Golongan 10% terkaya mengawal 77% keseluruhan aset kewangan negara

3. 80% rakyat yg berpendapatan rendah cuma miliki 5.5% dari aset kewangan negara

4. Lebih dari 70% rakyat M'sia tidak punyai sebarang aset kewangan itu adalah Bumiputera

5. Walaupun ASB dikhaskan utk Bumiputera tetapi lebih 55% Bumiputera tidak mempunyai akaun ASB

6. 72% Bumiputera yg menabung dlm ASB hanya mempunyai simpanan purata RM554 seorang yg bersamaan hanya 2.6% keseluruhan tabungan ASB

7. Org kaya dari kalangan Bumiputera yg hanya berjumlah 0.2% dari keseluruhan penabung ASB memiliki 1.5 kali ganda lebih tabungan ASB dari keseluruhan 80% penabung biasa yg lain

8. Statistik pemilikan aset kewangan tersebut menggambarkan sebahagian besar rakyat tidak punyai lebihan pendapatan setelah ditolak hutang dan perbelanjaan bulanan utk menabung atau melabur

9. Menggambarkan betapa meruncingnya masalah pendapatan boleh belanja (disposable income) rakyat M'sia

10. Jurang miskin kaya di M'sia semakin melebar

October 12, 2014

October 10, 2014

Vice versa Lelaki Vs Wanita

Teori Kenapa Lelaki Tua Perlu kawin Perempuan Muda dan kenapa lelaki Muda perlu Kawin Perempuan Tua.










Permis1: Sifat lelaki.
Ketagori lelaki Muda adalah 40 tahun kebawah Dan lelaki Tua 40 tahun keatas.
Lelaki muda.... masih kurang serius dalam kehidupan masih mencari keseronokan.  Biasanya beluam ada kerjaya yang stabil serta kewangan tidak menentu.  Simpanan yang kurang serta duit di gunakan untuk mencari kepuasan .

Dan sifat mereka yang rasional dan tidak kisah biasa menjadikan mereka kurang matang dari segi pandangan.org sekeliling atau tidak ambil kisah lagi lagi yang mmg kurang matang akalnya.
Berbeza dengan lelaki 40 an. Mereka kebanyakan sudah stabil dan memilih tidak kisahlah dari segi kewangan atau dari segi kerja.  Kenapa? Kerana mereka perlu sustain sebelum bersara.
Apa yang menjadi tarikan adalah sikap kekeluargaan dan caring mereka membuatkan si gadis biasanya tertawan bukan sekadar ayat manis atau bahasa tapi sifat dan cara mereka menghormati wanita itu berbeza dari lelaki muda tidak kisahlah mereka gatal atau mmg ikhlas dlam berkawan. Mereka juga suka mengawal dan juga beremosi berikutan kadar testosteron dlm tubuh yang semakin kurang.. lihat saja ayah ayah kita. Mereka lebih risau berbanding ibu kita sekarang jika dibandingkan kita semasa kecil dahulu ibu selalu berlebihan dan ambil tahu tapi ayah? Biarkan biarkan mereka muda lagi.

Itu bezanya lelaki muda dan dewasa.

Berbeza dengan wanita, mereka lebih peka dan sensetip ketika muda dan lebih relex serta rasional ketika tua. Seperti saya ceritakan di atas sifat ibu kita yg lebih linein bila semakin meningkat umur. Kerana estrogen semakin kurang dan testosteron semakin meningkat...

Pengaruh hormon juga mempengaruhi.  Kita lihat wanita tua kurang mahukan perhatian berbanding wanita muda... begitu juga lelaki tua sukan perhatian dan lelaki muda sukakan kebebasan...
Teory ini di sokong dengan ayat di bawah.

Lelaki tua kawin dengan wanita muda, bila laki die mati, wanita tua tadinkawen dengan lelaki muda dan bila isteri die mati die kawen dengan wanita muda... jd berterusan lah xerita dan harta silih beganti diwarisi...

Kenapa? Sebab sikap wanita tua sesuai dengab lelaki muda sbb rasional advancer caringvtapi tidak terikat dan rasa bebas. 

Sikap.lelaki tua sesuai dengan wanita muda yg mana caring, loving loving dan romentik.

Sedikit perkongsian... dari cebisan ilmu saya...
Jodoh pertemuan ditentu tuhan.

September 16, 2014

Anggaran Kos Perubatan Kanser Di Malaysia 2013 -2023



Perbandingan antara kadar kos pada tahun 2013 (kos sebenar) dengan kos pada 2023(kos anggaran) yang harus di tanggung pesakit .






Jadi apa yang perlu saya lakukan sekarang?

A. Downgrade Nilai medical card saya dari cover Rm 50 000 setahun ( Rm 150 simpanan sebulan) kepada cover Rm 40 000 setahun ( sumbangan Rm 32 sebulan burn ).

B. Teruskan dengan kad medical sedia ada had tahunan Rm 50 000 dan had seumur

hidup Rm 500 000.( simpanan bulanan Masih Rm 150)

C. Upgrade medical card anda kepada Rm 4 000 000 (4juta). Dengan had tahunan Rm 200 000 setahun ( simpanan Rm serendah Rm 150 sebulan sahaja).

Cuba anda nilaikan nilai yang anda keluarkan dengan apa yang anda akan dapat.

3 perkara utama yang anda perlu tahu bila anda mula menyimpan di Takaful terutamanya di #PrubsnTakaful:

1. Perlindungan dan penyedian dana perubatan 4 juta ringgit dengan simpanan serendah rm 150 sebulan.

2. Pulangan pelaburan dan simpanan pada policy matang sebagai #SecondRetirementPlan.

3. Amal jariah dan sedekah berpanjangan walaupon anda sudah berhenti menyimpan bersama kami dalam tabung tabarru Prubsn.

Anda bertanggungjawab dengan masa depan dan kewangan anda.

Aliff shanusi
Perunding kewangan dan Takaful prubsn.
017 269 2077 

Untum keterangan dan sharing lebih lanjut.

http://instagram.com/p/s_1g1rFteC/?modal=true

September 1, 2014

Masa Tepat Mulakan Pelaburan

Matlamat dan keperluan Anda.
> Pelaburan anda bergantung kepada matlamat anda, sama ada jangka masa panjang seperti membeli rumah, menyediakan pembiayaan untuk pendidikan anak atau keperluan anuiti persaraan dll.
Umur Anda Ketika Melabur.
▶Ini  akan menentukan berapa banyak risiko yang anda boleh ambil. Contohnya,  jika anada masih muda, anda boleh membuat pelaburan yang secara relatifnya lebih berisiko tinggi.
Pendapatan anda ketika melabur.
>Jika anda berpendapatan lebih tinggi ketika itu maka anda mempunyai wang yang lebih untuk melabut ketika itu. Tahap pelaburan dan kekayaan juga mempengaruhi jenis pelaburan yang boleh anda lajukan.
Pekerjaan Anda
Contoh sekiranya pekerjaan anda sekarang sudah menyediakan pelan persaraan, anda boleh memfocuskan pada pelan pelaburan yang lain.
Aset Anda
> jenis aset yang anda miliki mempunyai kesan kepada tahap risiko yang anda akan hadapi. Simpanan dan deposit tetap mempunyai risiko paling minimum dan bon serta equiti mempunyai risiko sedikit tinggi.
Jangka Masa
Bila anda mahu menikmati hasil pelabuaran anda?
Anda perlu memastikan tempoh matang pelaburan anda supaya tidak ada kerugian.
Kecairan
> Keperlyan anda terhadap wang anda dimasa hadapan?
Sekiranya anda memerlukan wang dalam tempoh terdekat anda mungkin perlu menyimpan di tempat yang mudah anda akses seperti deposit bank yang mudah di cairkan berbanding dengan bon unit trust ( unit amanah) .
Kesediaan Menghadapi Risiko
Nilai toleransi anda terhadap risiko.
Sejauh mana anda boleh menghadapi ketidak tentuan pasaran untuk pelabuaran anda.
Aliff Shanusi
Perunding Kewangan Anda.

Membina pendapatan si JERANGKAP MASA.

" Dengan membina pendapatan, anda memperdagangkan masa anda untuk wang, bermaksud dengan kata lain anda tidak akan mendapat wang sehingga anda sendiri melakukan kerja, sama ada seorang pemungut sampah yang berpendapatan RM 2.00 sejam ... atau Pakar bedah jantung yang berpendapatan RM 5 000 sejam .

membina pendapatan adalah merupakan permedagangan satu unit masa untuk satu unit Ringgit. dengan membina pendapatan 10 jam berkerja bersamaa dengan 10 jan pembayaran."

malangnya, membina pendapatan merupakan satu perjalanan tanpa penghujung. kerana itulah kenapa saya namakan membina pendapatan satu JERANGKAP MASA. lebih buruklagi apabila perjalanan itu berhenti.

ini bermakna pendapatan anda juga berhenti. kerana mungkin pekerja menjadi mangsa PENYAKIT, KECEDERAAN atau rehat PANJANG atau hangus terbakar berkurangan pendapatan.



May 22, 2014

anda suka? bagi tahu jangan pendam




Saya suka lagu ini, membuatkan saya tersenyum dan membuatkan saya berfikir....

untuk apa anda hidup? adakah hanya dunia atau matlamat hakiki?

tersurat dan tersirat hanya faham bila anda di wave yang sama.


aliff shanusi / 23 mei jumaat

May 11, 2014

ini realiti bukan fantasi,


Ini cerita Realiti, bukan fantasi atau dongeng Rakyat.

Mungkin ada yang terasa sebab dah terkena
dan ada yang mengabaikannya sebab masih rasa selesa.

ini Realiti bukan fantasi, mati itu pasti sakit sentiasa menanti dan kemalangan punca nak mati.
ini realiti bukan fantasi,

Ini Realiti
simpan rm 200 sebulan, rm 2400 setahun itu memang confirm di Bank.

ini bukan fantasi, baru simpan rm 200 sebulan di Prubsn 

pasti pasti sudah ada Rm 4juta untuk rawatan.

ini pasti bukan fantasi, bukan judi bukan skim cepat kaya.

ini takaful prubsn,

saling membantu mencari berkat. 

keluarga tersenyum, kita pon sihat,
 poket tak kempes hati pon senang.

ini realiti bukan fantasi.

AliffShanusi.com

#Prudentialbsntakaful #PrubsnTakaful #agenhebat #agenprubsn #medicalcardmurah #medicalcard4million